» » » Pegawai kastam wanita mati dilanggar TONTO


Seorang pegawai kastam wanita meninggal dunia selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki bersama dua rakan sekerja dipercayai dirempuh kenderaan 'tonto' kejadian di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas,Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.

"Kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkan terbabas dan melanggar pokok.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan kenderaan jenis pacuan empat roda dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal kejadian, kenderaan mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai menyeludup rokok.

Ab Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .