» » » Pensyarah UiTM Shah Alam ditemui mati dalam pejabat


Pensyarah Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui meninggal dunia di pejabatnya kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian disedari selepas bilik gerakan polis bantuan UiTM menerima maklumat pensyarah itu tidak pulang ke rumah sebelum pemeriksaan dilakukan di pejabatnya.

"Anggota polis bantuan berkenaan masuk ke pejabat pensyarah itu sebelum menemuinya dalam keadaan terbaring.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.

Menurutnya, arwah dipercayai diserang sakit jantung namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan jenazah arwah dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Bangi untuk dikebumikan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .