» » » Bangla ditumbuk sebab mengurat isteri orang


Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh cedera ‘dihadiahkan’ penumbuk selepas didapati sengaja menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara.

Difahamkan lelaki berusia 40-an itu dikesan menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung di sini.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 28, berkata, isterinya sebelum ini mengadu lelaki warga asing terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.

Menurutnya, isterinya itu baru sebulan bekerja sebagai penyelia di kilang di Bukit Beruntung, di sini.

“Pada mulanya saya tidak mengendahkan keluhan isteri kerana beranggapan sentuhan itu tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.

"Namun apabila isteri disentuhi lagi, saya pun naik angin".


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .