» » » KPDNKK sediakan stok tambahan bagi hadapi banjir 2016


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyediakan stok tambahan barangan kawalan kepada pemborong di negeri itu sebagai persiapan menghadapi banjir tahun ini.

Pengarahnya Datuk Abdul Ghani Harun berkata, antara 20 hingga 30 peratus stok tambahan akan disediakan berbanding 10 peratus sebelum ini.

Katanya, 13 pemborong diberi tanggungjawab untuk memegang stok barangan kawalan dengan mencukupi termasuk gula, tepung gandum, telur, beras, susu, minyak masak, petrol, diesel dan gas.

"Kali ini kita lebihkan bagi mengelak bekalan terputus selain kesukaran menghantar bekalan ke destinasi tertentu akibat banjir.

"Kita minta kerjasama semua pengurusan hospital di negeri ini supaya menyediakan keperluan seperti gas dan minyak diesel yang mencukupi bagi mengelak masalah kepada pesakit," katanya pada sidang media di Stor Eksibit KPDNKK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua stok disimpan di stor yang tinggi dan selamat bagi mengelak sebarang masalah pada musim banjir.

Sebelum itu, Abdul Ghani dalam sidang media merampas barangan kawalan yang diseludup dianggarkan RM9,610 di Jeram Perdah, Pasir Mas dan Bukit Bunga, Tanah Merah pada 10 Oktober lalu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .