» » » Anak ugut bunuh bapa sendiri


Seorang anak biadab mengugut untuk membunuh bapa sendiri dan mendapat pembalasan sewajarnya apabila Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan dia menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Abd. Razak Ahmad, 42, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Abd. Razak didapati telah menakutkan secara jenayah dengan ugutan lisan terhadap Ahmad Saleh, 79, dengan berkata: “Kau siap kau, kau tidur aku bunuh kau nanti!”

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Bukit Palah, kira-kira pukul 7.30 malam, 7 Oktober lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .