» » » Pengurus TNB Kelantan hadapi 13 pertuduhan rasuah


Seorang pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Kota Bharu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 13 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram dan memperoleh rasuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM125,200 pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Arman Che Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Arman didakwa telah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu menggunakan wang keseluruhan berjumlah RM64,200 daripada akaun milik KS Maju Solution yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Public Bank cawangan Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra di sini antara 18 September 2013 hingga Oktober 2014.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .