» » » Bayi melecur di muka kerana mi segera panas tumpah


Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan melecur pada muka, dada dan tangan kanan selepas mi segera yang sedang dimasak di atas dapur, tumpah ke atasnya

Kejadian berlaku Rabu lalu di Flat Lobak, di sini, menyebabkan bayi berkenaan, Mohamad Kisli Naqit Mohamad Syukor dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Dia yang masih dirawat di HKL bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun memerlukan perhatian sepenuhnya

Menceritakan kejadian, bapa kepada bayi berkenaan, Muhamad Shukor Zulkiflee, 27, berkata, ketika itu, hanya anak buahnya berusia 12 tahun dan Mohamad Kisli Naqit berada di rumah. Manakala isterinya bersama seorang lagi anak mereka berusia enam bulan ke kedai berhampiran

“Kira-kira jam 8 malam, isteri saya telefon beritahu anak kami melecur teruk dan saya dari tempat kerja bergegas pulang ke rumah

“Saya diberitahu kejadian itu berlaku selepas Kisli menarik getah tong gas menyebabkan mi segera yang sedang dimasak oleh anak buah saya tumpah ke atasnya,” katanya

Menurutnya, dia kemudian membawa anaknya ke HTJ, namun dirujuk ke HKL

Muhamad Shukor yang bekerja sebagai penjaga kaunter tiket bas sambilan di hentian bas dan teksi Terminal One, di sini berkata, anaknya kini berada dalam keadaan stabil namun memerlukan perhatian sepenuhnya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .