» » » Pengawal keselamatan mengaku rogol adik ipar yang merupakan orang OKU


Seorang pengawal keselamatan menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan terhadap tuduhan merogol adik iparnya.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik iparnya berusia 27 tahun yang mempunyai hubungan dengannya di rumah di Machang pada 5 pagi, 28 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .