» » » SPRM ambil keterangan 4 kakitangan kementerian pelancongan



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan empat kakitangan Kementerian Pelancongan berhubung siasatan terhadap seorang 'Datuk Seri' daripada kementerian itu yang dipercayai terlibat salah guna kuasa.

Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan di pejabat kementerian berkenaan sejak Selasa lepas untuk mengumpul bukti.

SPRM juga telah mengambil keterangan daripada seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan berkaitan siasatan kes berkenaan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," kata sumber itu.

Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung dakwaan salah guna kuasa 'Datuk Seri' berkenaan daripada orang awam.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .