» » » Pelajar perempuan terselamat daripada cubaan menculik


Seorang pelajar perempuan tingkatan lima terselamat daripada cubaan culik oleh seorang lelaki 
ketika pulang dari sekolah berhampiran rumahnya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, remaja berusia 17 tahun berkenaan dikatakan baru turun dari bas dan berjalan seorang diri di lorong perumahan tersebut sebelum diekori lelaki yang menaiki kereta.

"Setelah menghampiri pelajar berkenaan, suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di tepi lorong itu.

"Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong dan bergelut sebelum berjaya melepaskan diri menyebabkan suspek melarikan diri," katanya .


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .