» » Kerajan Malaysia harus berani harus isytihar jerebu sebagai jenayah dan minta pampasan dari pihak yang terlibat


Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mahu kerajaan Malaysia mesti bertindak tegas dalam menangani isu jerebu yang kini seolah-olah menjadi musim tahunan di negara ini.

Katanya, kerajaan perlu mengisytiharkan jerebu ini sebagai jenayah yang melampau terhadap kemanusiaan kerana memudaratkan kesihatan dan mengancam nyawa.

"Rakyat tidak mahu kerajaan sekadar menyiarkan indeks pencemaran udara dan jika teruk, disusuli dengan pengumuman penutupan sekolah atau universiti tanpa pelaksanaan langkah-langkah berkesan bagi memastikan Indonesia benar-benar menunaikan janjinya.

"Kerajaan mesti menilai secara telus dan menyeluruh kos kesan jerebu ke atas negara ini dan mesti memasukkan aspek ini dalam mengadakan rundingan antara negara dengan Indonesia.

"Pampasan juga wajar dituntut daripada negara itu di atas pencemaran yang berlaku kepada negara ini," ujar beliau dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, Wisma Putra mesti lebih tegas terhadap Indonesia dalam masalah ini atau ia akan terus berulang lagi pada masa hadapan.

Pada tahun lalu, jelasnya, kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu rentas sempadan yang serius melanda negara ini.

"Setakat hari Sabtu lalu, enam wilayah di Indonesia diisytiharkan darurat berikutan keadaan jerebu yang teruk sehingga mula menjejaskan Singapura dan selatan Malaysia.

"Keadaan ini dijangka akan bertambah buruk sehingga Oktober akan datang," tambah beliau.

Pada masa yang sama, pihaknya turut berharap Jabatan Alam Sekitar dibawah kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan dapat membuat tindakan segera yang lebih agresif selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi membendung masalah ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .