» » Taman tema air Bangi Wonderland telah dibuka dan beroperasi



Taman tema air dan resort, Bangi Wonderland yang bakal menjadi tarikan baharu terutama bagi penduduk Semenyih dan Bangi akan dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 lalu.

Pengurus Besar Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn. Bhd., Steven Chang berkata, taman tema itu dibina sejak dua tahun lalu di kawasan seluas 4.86 hektar berdekatan Bandar Seri Putra, Bangi.

“Kami menyasarkan seramai 5,000 pengunjung selama dua hari bermula pembukaan secara rasmi esok. Sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antaranya Water Cannon, Magic Funnel, Boomeriang, Kid’s Adventure dan Wonder Loop.” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz di sini hari ini.

Harga tiket yang ditetapkan ialah RM48 bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 130 sentimeter dan RM58 untuk dewasa.

Untuk kanak-kanak ketinggian di bawah 90 sentimeter adalah percuma manakala diskaun sebanyak 50 peratus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .