» » Penjual ais kiub hampir putus tangan ditetak kerana persaingan perniagaan


Gara-gara memasuki kawasan jualan pihak lain, seorang penjual ais kiub cedera parah apabila kedua-dua belah lengannya ditetak tujuh lelaki dengan pedang di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Roni berkata, sebelum kejadian,

Mangsa dikatakan ingin menjual ais kiubnya kepada seorang peniaga kedai runcit di situ pada pukul 11.28 malam.

Katanya, tidak lama kemudian datang tujuh lelaki dengan menaiki dua buah kereta lalu menyerang mangsa dengan menggunakan pedang menyebabkan mangsa berlari ke tandas kedai runcit itu untuk menyembunyikan diri.

"Suspek telah mengejar mangsa hingga ke dalam tandas dan telah menetak kedua-dua lengan mangsa hingga menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa hampir putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun dibawa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan. 


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .