» » » Ustaz Sharhan dibebaskan dari kes khalwat dengan 2 beradik


Pengamal perubatan Islam terkenal, Sharhan Shafie hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas pertuduhan berkhalwat dengan dua beradik, tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Ibrahim Idris turut memutuskan perkara sama terhadap Umi Masjuri Hassan, 41, dan adiknya, Masbelinda, 22, yang dituduh berkhalwat bersama Sharhan.

Keputusan itu dibuat selepas Pendakwa Syarie Kanan, Zainor Rashid Hassin memaklumkan surat representasi yang dihantar pihak pembelaan kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memohon mengkaji semula pertuduhan telah diterima.

Hakim berkenaan dalam penghakimannya berkata, Ketua Pendakwaan Syarie (KPS) meneliti surat representasi bertarikh 22 Disember lalu itu membenarkan permohonan ketiga-tiga tertuduh, justeru, pertuduhan mereka ditarik balik dan mereka dibebaskan dan dilepaskan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan iaitu RM3,000 bagi setiap tertuduh dipulangkan kepada penjamin masing-masing.

Dalam pada itu, Zainor Rashid memaklumkan kepada mahkamah bahawa KPS memohon pertuduhan terhadap Sharhan, 40, dan Umi Masjuri dipinda kepada kesalahan di bawah Seksyen 40(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian menasihati pihak pendakwaan supaya memfailkan pertuduhan baharu terhadap tertuduh pertama dan kedua itu di Mahkamah Rendah Syariah.

“Hasrat KPS untuk membuat pertuduhan adalah hak dan bidang kuasa pendakwaan namun saya nasihatkan kes itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah untuk keadilan dalam proses rayuan,” kata beliau.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa berkhalwat di sebuah apartmen di Taman Keramat Wangsa, di sini, pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013. Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Semua tertuduh diwakili peguam syarie, Mohd. Isa Ralip.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .