» » » Panas menggila akibat El Nino 2016 membolehkan masak telur dalam kereta dan di atas jalan bertar


Tidak dinafikan bahawa Kedah dan Perlis di utara Semenanjung sedang mengalami cuaca panas melampau.

Persoalannya apakah tahap kepanasannya?

Untuk menjawab persoalan itu, wartawan Sinchew Daily melakukan uji kaji mudah iaitu dengan 'memasak' telur di dalam kereta dan di atas jalan bertar.

Dengan membiarkan telur dalam jemuran matahari berhampiran cermin depan kereta selama 2 jam 15 minit di Alor Setar, telur yang hampir masak sepenuhnya berjaya dihasilkan.

Dengan meletakkan telur pada jalan bertar pula, kuning telur bertukar keras dalam 10 minit tetapi putih telur tidak berjaya dimasak.

Menurut lawan web cuaca, Accuteweather, suhu di Baling mencecah 40 darjah celsius pada Sabtu sekali gus menjadi kawasan paling panas di Kedah.

Suhu di Sungai Petani pula berlegar di sekitar 36 dan 37 darjah celsius.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .