» » Pegawai kanan kementerian antara 9 yang ditangkap kerana tuduhan salah guna dana dan rasuah lebih RM100 juta


Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan pada Jumaat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket yang menyalahgunakan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, sindiket itu dibongkarkan menerusi Ops Tiris yang dilancarkan suruhanjaya itu pada 17 Mac lalu.

Beliau berkata, pegawai kanan berusia 56 tahun itu adalah antara sembilan ahli sindiket yang ditahan dan direman selama tujuh hari bermula Jumaat.

"Siasatan mendapati, modus operandi sindiket ialah mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada tidak kurang 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi mewujudkan program tetapi kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan.

"Lapan lagi yang ditahan itu merupakan kontraktor daripada antara 14 syarikat terlibat," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, Sabtu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .