» » Lembaga Getah Malaysia mahu penoreh getah terus menoreh walaupun harga komoditi itu merudum jatuh


Lembaga Getah Malaysia (LGM) mahu penoreh getah terus menoreh getah walaupun harga komoditi itu jatuh, kata Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Operasinya, Dr Suarni Sumormo

Beliau sedar ramai penoreh ketika ini sudah berhenti menoreh dan mahu beralih kepada industri pertanian yang lain, namun beliau berharap penoreh getah seboleh-bolehnya tetap terus menoreh, sekurang-kurangnya menjadikan aktiviti itu sebagai kerja sampingan

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Taklimat dan Penerangan Mengenai Program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) di sini semalam

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah, Ang Chai Seng dan Pengarah LGM Kedah/Perlis dan Pulau Pinang, Rosnah Abdul Razak

Kerajaan katanya prihatin nasib penoreh dan sudah menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam usaha mengurangkan beban mereka

"Malah akan datang kita juga ada lagi perancangan-perancangan baharu dari semasa ke semasa bagi melihat keperluan perlu dilakukan kerajaan bagi kurangkan beban mereka," katanya

Kerajaan juga katanya bersetuju menaikkan IPG dengan pengaktifan akan dilakukan jika harga purata bulanan SMR20 Percuma Ke atas Kapal (FOB) berada di paras RM5.50 sekilogram atau harga peringkat ladang berada di paras RM2.20 sekilogram ke bawah

Selain itu, beliau berkata Malaysia mahu bersepakat dengan dua buah negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand bagi menghasilkan 615,000 tan getah dalam tempoh enam bulan bermula bulan ini dalam usaha untuk menstabilkan kembali harga komoditi utama tiga negara itu di pasaran dunia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .