» » » Nenek trauma hampir dirogol perompak


Seorang wanita bersama empat cucunya berdepan detik cemas apabila dua penjenayah memecah masuk rumah mereka di Taman Teratai Mewah, Setapak, dekat sini, semalam mengacukan pistol elektrik ke arah mereka, selain mengugut mahu merogol mangsa.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa bukan saja kerugian RM40,000, malah masih trauma apabila suspek turut mengugut mahu merogolnya jika melawan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, berdasarkan loghat dan warna kulit, mangsa mendakwa kedua-dua suspek mungkin warga tempatan.

“Ketika kejadian terdapat seorang wanita bersama empat cucu. Suspek yang memecah masuk rumah mangsa dikatakan mengacukan pistol elektrik ke arah mereka sebelum mengarahkan mereka masuk ke sebuah bilik sebelum tangan diikat.

“Selain itu, suspek dikatakan mengarahkan cucu mangsa supaya memandang keluar dan tidak memerhatikan pergerakan mereka, malah suspek turut mengugut mahu merogol wanita itu jika cuba melawan,” katanya, semalam.

Menurutnya, suspek menggeledah rumah mangsa sebelum mengambil dokumen pengenalan diri mangsa, dua beg mengandungi 10 rantai emas, tujuh cincin, tujuh gelang serta wang tunai RM4,000.

“Suspek juga melarikan dua kad kredit, dua iPad, satu komputer riba, satu telefon bimbit dan satu peti keselamatan. Bagaimanapun, semua mangsa tidak dicederakan,” katanya.

Katanya, polis masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .