» » » 6 kawasan di Malaysia dikesan capai paras Gelombang Haba dan merbahaya


Enam kawasan iaitu Chuping di Perlis; Alor Setar di Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau di Perak serta Batu Embun dan Temerloh di Pahang dikenalpasti mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba sejak semalam ekoran fenomena El Nino kuat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Madius Tangau berkata, El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh dua hingga tujuh tahun.

“Keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi.

“Enam kawasan itu dikesan mengalami paras gelombang haba iaitu suhu tertinggi harian (suhu maksimum) sesuatu tempat telah mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari berturut-turut dan ia juga melebihi 2 darjah Celsius daripada purata jangka panjang suhu maksimum,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Penyerahan Kit Rumah Program Komuniti Bebas Denggi, di Perpustakaan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Mosti, Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul dan Pengasas yang juga Pengerusi EntoGenex Industries Sdn. Bhd., Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’far.

Dalam pada itu, Madius memberitahu, Mosti bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar buat pertama kalinya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas tetap bagi menangani isu cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

“Persediaan sedang dilakukan untuk membentangkan perkara itu kepada Kabinet Jumaat ini (esok) dan panduan akan diperoleh sama ada Mosti atau Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bertindak sebagai peneraju bagi jawatan kuasa khas tersebut.

“Mosti akan memberi sumbangan dari segi teknologi dan sains dalam menghadapi cuaca sebegini di masa hadapan selain memantau kedaan cuaca semasa memandangan Jabatan Meteorologi Malaysia adalah di bawah seliaan kementerian kami,” katanya lagi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .