» » » Misteri kehilangan Guru Besar Jashiah Rabu masuk bulan kelima


“Rabu ini (23 Mac) genap lima bulan isteri hilang dan perasaan kami sekeluarga kini bercampur baur namun kami berserah kepada Allah kerana apa yang berlaku atas kehendak-Nya,” kata Ruzilan Omar, suami Jashiah Rabu, 53, yang hilang dari rumahnya di Taman Seri Seruling, dekat sini, sejak 23 Oktober lalu.

Ruzilan, 58, berkata, lima bulan bukan satu tempoh singkat dan sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari isterinya.

Menurutnya, sepanjang usaha mencari itu, pelbagai maklumat diterima daripada pihak tertentu namun sehingga kini isterinya belum ditemui.

“Ada kata isteri saya di Pahang, Johor, malah sudah keluar dari lokasi dia dilaporkan hilang, namun sehingga kini tiada sesiapa nampak.

“Begitupun, berdasarkan perkembangan melalui pengamal perubatan Islam, isteri masih hidup dan sihat, cuma mindanya kosong dan tak tahu bila dia akan pulang,” katanya di sini, semalam.

Jashiah yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat Satu, Kuala Lumpur hilang dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober lalu dan sehari kemudian dilihat di kawasan perkampungan Orang Asli Buloh Telor, 10 kilometer dari rumahnya.

Ruzilan berkata, sebelum ini, dia bermimpi isterinya pulang ke rumah, namun tidak lama kemudian dia tersedar.

“Kebanyakan mimpi saya berlaku pada waktu siang ketika saya terlelap.

“Dalam satu mimpi itu, isteri tiba-tiba pulang dan saya terus mengajaknya mengerjakan umrah sebelum saya terus tersedar,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .