» » Lori pasir rempuh 14 kenderaan di Kuala Lumpur


Lori membawa muatan pasir merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke arah pusat bandar berhampiran pintu 3 Istana Negara kira-kira jam 5 petang tadi.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an itu dikatakan hilang kawalan selepas mengalami masalah brek.

Seorang mangsa Elaine Ng, 38, berkata, dia yang memandu dari Damansara menuju ke Setapak bernasib kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, dia masih dalam keadaan trauma selepas dirempuh lebih lima kali sehingga menyebabkan kenderaannya remuk di semua bahagian.

Sementara itu, tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan luka-luka kecil dan kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan hampir dua kilometer.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .