» » 3 polis ditahan kerana samun pekerja asing


Tiga polis peronda yang menyamun seorang pelarian Sri Lanka dan seorang pekerja asing Nepal menerima akibatnya apabila mereka digantung kerja dan disiasat.

China Press melaporkan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat mengambil berat kes tersebut dan telah melancarkan siasatan dalaman untuk mengesan lebih banyak polis yang mungkin terlibat dalam memeras pekerja asing.

Difahamkan tiga polis yang menyamun pekerja asing pada mulanya menuduh mangsa mereka menggunakan dokumen palsu sebelum menyemak badan pekerja asing berkenaan.

Polis itu seterusnya mengesan RM800 dalam saku mangsa pertama dari Sri Lanka yang memegang dokumen pelarian. Walaupun mangsa cuba 'tawar-menawar' dengan polis, tetapi ia sebaliknya menyebabkan dia dipukul.

Mangsa kedua yang ketakutan pula secara 'sukarela' menyerahkan RM1,000 kepada polis berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada jam 9.55 malam di Brickfield di ibu negara pada 12 Mac lalu.

Polis berkenaan dipercayai menyasarkan pekerja asing dan melihat mereka sebagai mangsa mudah yang tidak akan melapor polis.

Namun kedua-dua mangsa yang kerugian besar berasa amat tidak berpuas hati dan memberanikan diri untuk membuat laporan polis.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .