Florin Popescu memesan muatan ayam bernilai £85,000 (RM500,000) dan mengagihkannya kepada beribu-ribu pengundi dengan bantuan sukarelawan.
Dia melakukan jenayah itu ketika bertanding untuk satu penggal lagi sebagai ketua ahli dewan di Dambovita County, sebelum dilantik sebagai ahli Parlimen pada 2012.
Perbuatan Popescu - yang berdepan hukuman penjara dua tahun - terbongkar selepas syarikat yang membuat ayam goreng itu menghubungi pihak berkuasa antirasuah.
Seorang detektif berkata: “Pada 5 April 2012, beberapa orang dihantar oleh Popescu memuatkan ayam goreng ke dalam van dan membawanya ke pelbagai lokasi untuk diedarkan.
“Semua bungkusan ayam itu diedarkan untuk tujuan pilihan raya.”
Selepas meletak jawatan itu bulan lalu, Popescu berkata: “Politik memang manis, tetapi kadang-kadang boleh jadi pahit.”
No comments: