» » Penduduk hanya keluar rumah pada waktu pagi dan petang sahaja untuk elak kepanasan menggila


Penduduk Kampung Senggora, Simpang Empat mengambil inisiatif keluar membeli barang keperluan hanya pada waktu pagi dan petang sahaja.

Menurut seorang penduduk, Mohd Najib Hassan,39, kedudukan kampung mereka di tengah-tengah bendang dan tiada pokok di sepanjang jalan menyebabkan bahang panas sangat terasa.

"Selalunya saya akan keluar membeli keperluan rumah pada waktu pagi dan petang sahaja, jika tiada kecemasan kami hanya berkurung di dalam rumah pada waktu tengah hari.

Menurut Mohd Najib, sejak sebulan lepas, waktu kemuncak bahang panas mula terasa dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang.

"Anak-anak saya juga lebih banyak bermain dalam rumah berbanding di luar, dan mandi empat kali sehari," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Mutalib Abd Rashid, 43, berkata tanamannya seperti timun, tembikai turut terjejas, malah ada yang mati kerana kekurangan air.

"Sekarang pula tiba musim membajak tanah di kawasan kami, jadi bila tanah kering, pencemaran udara turut terhasil kesan daripada debu tanah," katanya.

Abdul Mutalib berkata, selain itu, disebabkan kawasan kampung mereka yang dikelilingi bendang, dan kesan pertukaran angin timur ke barat puting beliung kecil yang membawa debu tanah sering terjadi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .