» » » Izreen Azminda tak mahu dicop sebagai pelakon komedi


Menerusi watak penjual laksa di dalam drama bersiri komedi Kak Marr, beri cabaran berat kepada Izreen Azminda agar tidak membuat orang ramai meluat.

“Berlakon drama komedi bukan boleh dibuat main-main atau sambil lewa. Bukan senang nak buat orang gelak.

“Dialog semuanya harus spontan dan selamba, bukannya dibuat-buat,” jelas Izreen. Drama Kak Marr sedang hangat ditayangkan dalam slot Iris setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang.

Walaupun karakter bersahaja dalam drama tersebut diterima baik, namun Izreen memberitahu , tidak mahu dicop sebagai pelakon komedi.

“Saya bukan pelawak… saya ingin dikenali sebagai pelakon versatil. Saya dah cuba banyak karakter. Awal kemunculan dulu, saya banyak diberi watak antagonis.

“Kemudiannya ‘pangkat’ saya dinaikkan pegang watak utama yang baik ada yang berendam air mata. Cuma, sejak kebelakangan ini saya kerap diberi watak drama komedi.

“Saya tak ambil sembarangan drama komedi, kena juga tengok jalan cerita. Macam sekarang drama Kak Marr tengah tayang, selepas ini pula drama Ahli Mesyuarat Tingkap. Jadi, saya harus bezakan karakter agar tidak nampak sama.

“Sebagai pelakon, saya harus terima cabaran melakonkan pelbagai karakter. Semua karakter ada kelebihan dan kekurangan.

“Yang penting ialah macam mana menjadikan karakter yang dipersembahkan itu diingati peminat sampai bila-bila.

“Saya ingin dikenali dan diingati peminat sebagai pelakon yang mampu melakonkan apa sahaja watak dengan berkesan,” jelas Izreen sambil mengakui amat sukar mengalirkan air mata lantaran memiliki jiwa kental.





About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .