» » Atilia risau berat badan susut dan sukar tidur pada waktu malam


PENYANYI Atilia Haron, 42, meluahkan kerisauan berat badan akan susut lebih banyak apabila kembali aktif dalam dunia seni selepas tampil dengan single terbaru berjudul Aku Curiga di samping bakal melancarkan album ketiganya pada Mei nanti

Selain sibuk dengan jadual seni, pemilik nama Raja Puteri Atilia Raja Haron ini turut menguruskan latihan senaman yoga di studio miliknya Yogaonethatiwant dan kafe Hippie Hub Studio yang baru dibuka.

“Saya takut apabila semakin sibuk nanti, badan saya akan jadi terlalu kurus. Berat badan saya memang senang untuk naik dan turun.

“Misi saya tahun ini juga mahu naikkan berat badan. Sekarang berat badan saya 43 kilogram dan harus mencapai 48 kilogram untuk berat ideal. Saya mahu dapatkan tahap kesihatan yang baik.

“Saya juga ada masalah tidak boleh tidur apabila terlalu aktif. Selalunya hanya tidur empat hingga lima jam sahaja sehari.

“Saya harap jadual tidur akan berubah apabila sudah punya anak nanti. Bagaimanapun latihan yoga sangat membantu saya untuk sihat dan aktif,” cerita Atilia kepada Mangga Online.

Yoga yang diamalkan Atilia sejak 2013 juga menjadikannya seorang yang lebih tenang dalam penghasilan album terbaru.

“Sebelum ini kalau menghasilkan lagu atau album saya pasti meletakkan sasaran untuk terima anugerah. Sekarang saya belajar untuk menerima dan melepaskan sesuatu. Saya jadi seorang yang lebih relaks kerana yoga.

Album ketiga Atilia nanti memuatkan sepuluh buah lagu termasuk dua lagu ciptaan sendiri. Ia diterbitkan sendiri oleh Atilia di bawah syarikat Mujik Production dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Salah satu lagu yang berjudul No Fruits Fo Today dirakamkan di studio penyanyi dan komposer terkenal Peter Gabriel yang terletak di England. Selain itu lagu berjudul Segalanya pula direkod dengan iringan muzik sebenar di studio.

“Saya hasilkan sendiri album ini dan ambil masa yang lama kerana tidak mahu terlalu terkejar-kejar dan pastinya saya mahukan kesempurnaan.

“Cabaran utama saya ialah masa, mujur suami ingatkan saya supaya segera siapkan album ini. Dari sudut rakaman tidak ada masalah kerana saya menggunakan studio miliki suami dan boleh bekerja pada bila-bila masa.

“Saya mahukan sebuah album seperti album Sangkar (2007) dahulu. Ia menunjukkan diri saya yang sebenar dalam muzik. Apabila orang dengar merekan akan tahu itu adalah Atilia,” ujarnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .