» » » Majlis Raja-raja dan Sultan ialah harapan terakhir bongkar dan hukum pesalah dalam skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengatakan harapan terakhir untuk menyelesaikan skandal syarikat sarat hutang 1Malaysian Development Berhad (1MDB) adalah penglibatan Majlis Raja-raja dan Sultan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, itu sahaja jalan yang tinggal memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah 1MDB.

"Bolehkah Majlis-Majlis menyalakan semula harapan rakyat terbanyak dengan memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang?" soal Husam dalam satu kenyataan hari ini.

"Malaysia nampaknya tidak mempunyai mekanisma melepaskan diri dari jerutan korupsi skala besar dari puncak kuasa.

Husam berkata, jika sesuatu tidak dilakukan, Malaysia akan “runtuh” dan tidak lagi dapat diselamatkan.

"Terpaksa menyerah diri sekali pun nurani meronta-ronta. Kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja.

"Mana lagi institusi yang boleh tegak menyelamatkan negara? Atau menunggu keruntuhan terakhir dan Malaysia tidak lagi dapat diselamatkan?" soal Husam.

Sebelum ini, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu kepada Majlis Raja-raja memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka.

"Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Negeri semoga mengarahkan peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk melaporkan kepada Majlis Raja-raja mengenai siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak,” kata Mukhriz.

Anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, jika ia tidak dapat dilakukan, Majlis Raja-raja perlu mempertimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .