» » Zeti dedahkan rakyat Malaysia mahu kes 1MDB diselesaikan kerana ia memburukkan ekonomi Malaysia


Rakyat Malaysia mahu kesimpulan dicapai dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya negara boleh bergerak ke arah usaha pemulihan ekonomi, kata Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada CNBC.

"Semua orang mahukan kesimpulan kes ini, supaya kita boleh terus mara ke depan.

"Supaya mata wang kita akan mencerminkan asas dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu ekonomi lain yang didepani negara ketika ini," katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik di laman web saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, hari ini.

Zeti berkata, BNM sudah memainkan peranan dengan menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan mengambil tindakan, namun pihak berkuasa itu bukanlah satu-satunya yang terlibat menyiasat syarikat berkenaan.

"Ada lagi yang lain," kata Zeti dalam wawancara berdurasi 4 minit itu.

Beliau berkata demikian susulan soalan mengenai kemusnahan yang dilakukan akibat kontroversi 1MDB kepada Malaysia, langkah negara seterusnya dalam menangani krisis tersebut dan sama ada terdapat penyelesaiannya atau tidak.

Pada September tahun lalu, Zeti dilaporkan berkata mata wang ringgit akan kembali pulih sebaik saja isu membabitkan syarikat itu selesai.

Beliau juga mempertahankan siasatan BNM terhadap 1MDB, dan berkata tiada sebarang kesilapan dalam siasatan selepas Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan.

1MDB menjadi perhatian banyak siasatan susulan dakwaan salah tadbir urus dan rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi lembaga penasihat syarikat berkenaan turut enggan melepaskan jawatannya walaupun digesa meletakkan jawatan susulan skandal membabitkan 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .