» » Pengerusi 1MDB dakwa berjaya jawab soalan sukar PAC dalam siasatan skandal 1MDB


Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata beliau "menjawab soalan-soalan sukar" di hadapan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata demikian sewaktu diserbu wartawan di bangunan sementara Parlimen dan ditanya tentang sesi soal jawab bersama PAC pagi ini.

"Sebahagian soalannya sukar dan saya berjaya jawab semua," katanya.

Ditanya jika panel PAC berpuas hati dengan jawapannya, Lodin berkata beliau rasa mereka berpuas hati.

Lodin bagaimanapun tidak memberikan jawapan ketika ditanya tentang dakwaan pemindahan wang AS$700 juta daripada 1MDB ke syarikat Good Star Ltd yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.

"Saya tak dapat jawab soalan itu," katanya ketika ditanya jika 1MDB memberikan kelulusan untuk pemindahan tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .