» » Shiha mohon maaf kerana masalah vokal


Penyertaan penyanyi Shiha Zikir dalam D’ Academy Asia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia berakhir dengan menyaksikan Shiha mendapat tempat ketiga. Tempat pertama dimenangi oleh Danang dari Indonesia dan kedua milik Lesti juga dari Indonesia.

Pada peringkat akhir Shiha menyanyikan lagu Sudahlah dan Kau Pergi Tanpa Pesan. Menerusi laman Instagram Shiha, beliau memohon maaf kepada semua peminat atas kekurangannya membuat persembahan pada malam akhir kerana masalah kesihatan.

“Status saya ini ikhlas untuk peminat-peminat dan seluruh rakyat Malaysia. Saya mohon maaf yang teramat sangat atas persembahan kedua sebentar tadi. Sejujurnya sangat teruk.

“Saya tak mampu lakukan… nyaris saya mahu tarik diri di saat akhir kerana suara saya hilang yang saya rasakan sejak semalam.

“Memang bukan alasan untuk membuat persembahan tetapi saya memang mohon maaf buat seluruh peminat yang sanggup datang dari Malaysia ke Jakarta.

“Kalau pernah lihat Instagram Shiha tahun lalu, Shiha pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah peti suara. Doktor pernah pesan kalau saya menyanyi hari-hari, kemungkinan akan hilang semula. Hari ini terbukti,” luah Shiha.

Persembahan Shiha sejak awal lagi mendapat perhatian ramai peminat dan komentator di sana. Bahkan beliau pernah beberapa minggu menjadi peserta terbaik. Selain itu Shiha turut mendapat perhatian peminat Indonesia lantaran wajahnya yang dikatakan mirip penyanyi Datuk Rossa.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .