» » Harga minyak dunia dijangka makin teruk pada suku pertama 2016 dan seterusnya


Pengeluar-pengeluar minyak dijangka terus 'menderita' pada tahun ini dengan penyusutan harga minyak, kata Ketua Pegawai Eksekutif BP, Bob Dudley.

"Kejatuhan harga minyak yang kini sudah pun merekodkan paras terendah akan berlaku pada suku pertama," katanya.

Harga minyak jatuh sebanyak 34 peratus pada tahun 2015 disebabkan lebihan bekalan dan kelembapan ekonomi China.

Dudley meramalkan harga minyak stabil pada akhir tahun 2016 tetapi harganya masih kekal rendah.

"Harga minyak rendah untuk jangka panjang, untuk beberapa dan kita telah maklum perkara itu. Namun kami pasti harga minyak akan melonjak kembali," ujarnya.

Emas hitam itu terus merosot sejak 4 Disember lalu selepas OPEC mengekalkan polisi tidak mengehadkan pengeluaran untuk terus menguasai pasaran.





About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .