» » Rafidah persoal keseriusan pihak berkuasa mencari kebenaran berkaitan skandal besar di Malaysia melibatkan orang kenamaan


Tan Sri Rafidah Aziz hari ini bertanya jika sebarang tindakan serius diambil bagi menyelesaikan "dua isu besar yang menjadi punca jerebu politik dan negara".

Menulis di laman Facebook beliau hari ini, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, sesuatu yang membimbangkan apabila terdapat ketidaktentuan dalam beberapa isu dalam negara.

Walaupun dia tidak menyatakan apa "2 isu besar" itu, ia boleh disimpulkan Rafidah merujuk kepada siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion - 2 isu utama yang kekal manjadi topik perbincangan di negara ini.

Dalam perkembangan terbaru, peguam negara sudah mengembalikan kertas siasatan kedua-dua kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Setiap hari kita berharap semuanya akan menjadi lebih jelas dan kita semakin hampir kepada kebenaran dan penyelesaian," katanya.

Rafidah berkata, sekarang adalah masa untuk membuktikan bahagian penting dalam sistem negara sememangnya berfungsi bagi memulihkan kepercayaan dan keyakinan yang hilang.

"Kemudian barulah kita boleh pulihkan apa sahaja keyakinan dan kepercayaan yang hilang... dan bina sekali lagi keyakinan kukuh terhadap sistem, dan terhadap semua mereka yang diamanahkan untuk terus memastikan sistem berfungsi dengan baik, seperti yang kita semua harapkan,” katanya.

Semalam Jabatan Peguam Negara memulangkan kertas siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion, kepada SPRM, meminta penjelasan lebih lanjut.

SPRM menyerahkan kertas berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara pada 31 Disember, tahun lalu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata beliau perlu lebih maklumat berhubung cadangan dan syor dibuat SPRM terhadap 2 kes berkenaan.

Kenyataannya dikeluarkan beberapa jam selepas Asia Sentinel melaporkan Sarawak Report mendakwa kertas itu mengandungi sekurang-kurangnya 37 pendakwaan berasingan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Susulan itu, SPRM menafikan artikel laman web pemberi maklumat itu yang kertas siasatannya mengandungi sejumlah pendakwaan terhadap Najib dan akan memberi maklum balas kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .