» » Petronas potong belanja RM50 bilion dalam 4 tahun akan datang


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk mengurangkan sehingga RM50 bilion (AS$11.41 bilion) daripada modal dan perbelanjaan operasinya dalam tempoh 4 tahun akan datang, lapor Wall Street Journal hari ini.

Firma minyak dan gas milik negara itu yang menyumbang hampir separuh hasil minyak Malaysia, akan menangguhkan beberapa projeknya, lapor akhbar tersebut yang memetik memo dalaman ketua eksekutifnya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Petronas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Firma itu dilanda kemerosotan harga minyak yang jatuh ke paras paling rendah sejak 2003, pada Isnin.

Harga minyak jatuh lebih 70% dalam tempoh 18 bulan lalu, ketika pengeksport seluruh dunia mengepam keluar lebih satu juta tong minyak mentah setiap hari melebihi permintaan.

Pada Februari tahun lepas, Petronas berkata ia merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 10% dan perbelanjaan operasi sehingga 30% pada 2015.

Ia juga berkata ketika itu, ia akan mengurangkan perbelanjaan modal pada 2016 sebanyak 15%.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .