» » Tak payah pun fikir dari mana duit skandal RM2.6 bilion Najib Razak datang

Ada seorang pemuda dari Kampung Chenua Raub, berjumpa saya. 

Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank. 

Ayah awak siapa? Abdul Razak jawabnya. 

Nama awak? Mat Najib. 

Ayah kaeih beri nama gitu. (Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).

Dia bercadang membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. 

Dia akan membuka akaun atas nama M Najib Abdul Razak.

Ini macam nama PM kata saya. 

Bukan katanya. 

Iras tapi tak sama. 

Mengapa awak nak buat begitu? 

Dia jawab kalau buat macam ini, mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. 

Kalau tak dapat AS$850 juta tak mengapa. 

Dapat AS$4 juta pun sudah ok. 

Sebab 1MDB akan hantar ke dalam akaun penama yang iras tapi tak serupa. 

Seperti Aabar Investment Ltd.

Laporan Wall Street Journal menunjukkan 1MDB membayar AS$850 juta ke dalam akaun satu syarikat luar pantai yang menggunakan nama hampir serupa dengan syarikat asal. 

Syarikat itu menggunakan nama syarikat Dana Aabar, iaitu Aabar Investments PJS Ltd. 

Tapi Aabar kata, itu bukan syarikat miliknya.

Ini agaknya mengapa 1MDB kata mereka bayar AS$2.4 bilion tapi, Aabar kata mereka tidak terima. 

Rupa-rupanya mereka hantar ke akaun syarikat lain.

Ke mana duit itu dihantar? 

Jika ia dihantar ke dalam akaun syarikat lain, bererti 1MDB cuai atau berkomplot dengan beberapa orang yang masih bergentayangan untuk memasukkan dalam akaun syarikat yang secara sengaja diwujudkan untuk tujuan menyonglap wang 1MDB. 

Jika perkara kedua ini berlaku, ertinya, rakyat Malaysia sudah kena tipu.

Punca duit, tidak dikisahkan orang Umno. 

Mereka diajar menganggap wang yang mereka terima seperti wang berikan kepada kita oleh bapa kita. 

Kita tidak tanya dari mana wang itu datang. 

Sebab kita dididik meyakini dan mempercayai bapa kita mencari wang yang halal.

Masalahnya, Umno bukan bapa kita. 

Umno terima wang tidak kira puncanya.

Tapi perwakilan Umno kata, tidak mengapa. 

Wang tersebut digunakan untuk memenangkan Umno dan menyejahterakan bangsa Melayu. 

Hiduplah Umno dengan wang haram, dan membangunlah bangsa Melayu dengan wang sedemikian.

Cuba perwakilan Umno bertenang sebentar, sambil minum kopi jantan atau kopi tongkat Ali, makan pulut panggang, tanya syarikat itu milik siapa?

Besar kemungkinan syarikat palsu itu milik Jho Low seorang Cina, bangsanya, bukan Islam agama nya, dan bukan Raja Melayu rajanya. 

Cina macam ini ok untuk dibuat kawan. 

Cina biasa yang membanting tulang bekerja keras bersahabat dengan Melayu biasa yang juga berusaha keras, itu tidak boleh. 

Itu Cina DAP yang hendak ambil alih kerajaan Umno.

Ertinya, orang Melayu dipersendakan akal mereka dengan memainkan nama saja. 

Jho low boleh kelentong orang Melayu dengan menukar sedikit nama yang terlibat dalam urus niaganya. 

Oh ya, dia dengan bantuan rakan Pak Arabnya. 

Yang datang ke Malaysia disambut sebagai waris tetesan Nabi Muhammad yang dimuliakan.

Tapi akhirnya, syarikat palsu ini semuanya berkait atau dimiliki secara total oleh Jho Low. 

Sebagai contoh, Good Star Limited yang mendapat pindahan wang pertama sebanyak AS$700 juta ialah syarikat milik berdaftar di Pulau Seychelles pemiliknya ialah Jho Low.

Ini nampaknya, kaedah digunakan Jho Low dan rakan Pak Arabnya. 

Iaitu menubuhkan syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik dana atau pelabur sahih. 

Dengan syarikat palsu ini, mereka menyedut wang 1MDB.
1MDB pula sama ada cuai atau bersekongkol, memindah wang yang banyak ke dalam akaun tersebut. 

Mana tahu, sebahagian duit tersebut akan diderma kepada Umno dengan syarat, akaunnya mesti atas nama Dato Seri Najib Razak !

Jadi, budak kampung Chenua tadi bercadang buka akaun atas nama M Najib Abdul Razak, mungkin ada peluang besar mendapat pindahan wang daripada 1MDB. 

Dengan syarat sebahagiannya mesti didermakan ke dalam akaun peribadi seorang yang akan dinamakan kemudian.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .