» » SPRM dakwa tiada pihak lain tak berani campuri atau pengaruhi siasatan skandal RM2.6 bilion Najib Razak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, lapor Sinar Harian hari ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, kedua-dua siasatan itu, yang kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini.

Dalam satu temubual eksklusif bersama akhbar tersebut, beliau menegaskan tidak ada pihak lain yang akan mempengaruhi SPRM dan hala tuju siasatan mereka.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua kes berkenaan sebagai antara yang paling mencabar dan memakan tempoh panjang.

"Siasatan berdasarkan apa yang menjadi tanda tanya rakyat berhubung kedua-dua isu berkenaan, termasuk berjumpa dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion.

"Ia satu tempoh siasatan yang panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak.

"Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara," katanya.

Namun begitu, tegasnya, pasukan penyiasat SPRM menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan profesional.

“Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional.

"Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit.

“Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan,” beliau dipetik berkata.

Abu Kassim berkata kepada Sinar Harian, rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu kontroversi wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.

“Kita memegang (berpegang kepada) prinsip menjalankan tugas cara profesional. Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temubual.

“Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita temukan kepada peguam negara beserta dengan pandangan-pandangan kita. Kita tidak akan berganjak dari itu,” katanya.

Katanya, walaupun siasatan tersebut sebelum ini sedikit terganggu seperti diketahui umum, namun pasukannya berjaya melaksanakan tugas siasatan tersebut dengan profesional.

“Saya akui memang ada gangguan dalam siasatan ini, tetapi kita buat siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit dan status.

"(Daripada) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah diambil keterangan bagi bantu siasatan berhubung kedua-dua kes,” katanya.

Beliau dilaporkan akhbar itu berkata, semua siasatan ada dalam laporan kertas siasatan yang akan diserahkan kepada peguam negara, dan pihak tersebut yang berkuasa memutuskan sama ada membuat dakwaan atau sebaliknya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .