Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi November 2015 naik sebanyak 2.6% kepada 114.8 berbanding 111.9 pada bulan sama, tahun lepas.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam 1 kenyataan hari ini berkata, peningkatan IHP itu didorong peningkatan indeks kumpulan minuman alkohol dan tembakau (20.7%); pelbagai barangan dan perkhidmatan (+5.9%); restoran dan hotel (+4.6%) kesihatan (+(4.4%); makanan dan minuman bukan alkohol (+4.1%) manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isirumah (+3.8%).
"Kesemua 6 kumpulan makanan dan minuman (wajaran 47.4) menyumbang sebanyak 97.8% kepada peningkatan IHP bagi bulan November 2015.
"Selain itu, nilai indeks keseluruhan ini turut dipengaruhi peningkatan kumpulan komunikasi (+3.4%) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan sebanyak 2.6%," katanya.
Secara keseluruhannya, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (wajaran 30.3) meningkat 4.1% untuk asas tahun ke tahun bagi November 2015 manakala indeks bagi bukan makanan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.9%.
Bagi perbandingan bulanan, IHP bagi November 2015 meningkat sebanyak 0.6%.
"IHP bagi tempoh 11 bulan pertama 2015 mencatat kenaikan sebanyak 2.0% berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Ini didorong kenaikan kumpulan utama berwajaran tinggi iaitu indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+3.6%); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4%)," katanya.
Menurut jabatan itu, peningkatan lain adalah minuman alkohol dan tembakau (+12.6%), kesihatan (+4.5%), restoran dan hotel (+4.2%) serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (+4.1%).
sumber
No comments: