Pelajar diberikan pengecualian dalam membuat salinan foto bagi bahan rujukan dan buku apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan kelak, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed menurut Berita Harian hari ini.
Kenyataan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu sekali gus membidas dakwaan pelajar tidak dibenarkan berbuat demikian setelah perjanjian itu dilaksanakan.
Mustapa dilaporkan berkata, pengecualian itu dibuat atas sebab ia membabitkan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Beliau berkata walaupun sememangnya terdapat pegecualian dalam isu hak cipta yang melibatkan pendidikan, tetapi bukan bagi tujuan komersial.
“Justeru, pelajar tidak perlu khuatir akan ditangkap atau didakwa pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kerana melanggar hak cipta jika membuat salinan foto untuk rujukan dan pembelajaran.
“Dalam isu harga buku rujukan, termasuk bahan secara dalam talian, bergantung kepada faktor pasaran, (ia) bukan dikawal kerajaan.
"Kerajaan boleh memantau, tetapi tidak menentukan harga kerana ia ditentukan faktor pasaran semasa,” beliau dipetik berkata akhbar itu.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj menggesa bab hak harta intelektual dijelaskan lebih lanjut, bagaimana ia akan memberi kesan kepada Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan.
Kelihatan daripada teks perjanjian itu, undang-undang hak cipta lebih ketat akan diwujudkan, yang akan memberi kesan kepada pelajar dan pendidik yang bergantung kepada bahan salinan fotokopi dalam pembelajaran dan pengajaran, katanya.
Katanya, teks TPP dalam bab harta intelek juga kelihatan memasukkan hukuman penjara sebagai penalti berdasarkan Perkara 18.77 (6)(a) yang menyatakan: "Setiap pihak hendaklah mengenakan penalti, termasuk hukuman penjara serta denda kewangan cukup tinggi untuk mencegah berlakunya pelanggaran pada masa depan".
Bab ini juga menyatakan setiap pihak hendaklah menyediakan prosedur jenayah dan hukuman dalam kes cetak rompak secara sengaja.
sumber

No comments: