Seorang bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun, lapor The Star Online.
Dilaporkan Deputi Superintenden Rohaizat Abd Ani, 56, didapati bersalah atas 4 pertuduhan merogol dan meliwat antara Febuari dan Mac 2012.
Hakim Mahkamah Kota Kinabalau Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara untuk setiap pertuduhan kepada tertuduh yang pernah menjadi ketua polis cawangan anti maksiat Sabah.
Rohaizat, bapa kepada 2 anak, merogol dan meliwat gadis itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2012.
Keesokan harinya, beliau sekali lagi merogol gadis tersebut di sebuah bilik lain hotel yang sama.
Antara 1 dan 6 Mei, tertuduh merogol gadis itu beberapa kali di sebuah bilik hotel yang sama.
Bagaimanapun, Rohaizat tidak akan menjalani jumlah penuh hukuman penjara selama 80 tahun semuanya – 20 tahun untuk 2 dakwaan (berjalan serentak) dan 20 tahun untuk 3 pertuduhan lain (berjalan serentak).
Rogol membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara dan liwat membawa hukuman 20 tahun selain sebatan sehingga 24 kali.
Mempertimbangkan umur tertuduh, beliau berkemungkinan menghabiskan sisa umurnya di penjara kerana hukuman penjara yang panjang diterimanya.
The Star Online berkata, Rohaizat yang memakai jaket kelabu, kekal tenang ketika mendengar hukuman dijatuhkan.
Isterinya, yang turut hadir, juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika hakim membacakan hukuman.
Bagaimanapun, hakim, membenarkan penangguhan hukuman sementara menanti keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Ikat jamin ditetapkan pada jumlah RM100,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dihendaki menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis Bukit Aman di Kuala Lumpur setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa raya Azeezi Nordin meminta hukuman berat dijatuhkan kerana tertuduh yang merupakan seorang pegawai polis kanan sepatutnya menjadi pengawal keamanan masyarakat.
“Mangsa berumur 13 tahun ketika kejadian, dia dirogol dan diliwat tertuduh yang berusia 52 tahun, tindakan yang jelas sekali merupakan manipulasi orang dewasa ke atas seorang kanak-kanak.
“Tindakan yang berulang dilakukan tertuduh dalam masa 3 bulan sejak Februari menunjukkan beliau tidak pernah mempertimbangkan umur, emosi serta kesan tindakannya kepada mangsa,” tambah Azeezi.
Peguam Zahir Syah, yang mewakili Rohaizat berkata mereka akan memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman.
Tertuduh, yang digantung tugas, pernah berkhidmat sebagai ketua polis daerah Setiu buat sementara waktu dan timbalan ketua Unit Simpanan Persekutuan Pulau Pinang ketika didakwa pada Ogos 2013.
Peguam pemerhati Mary Lee hadir mewakili Kumpulan Bertindak Wanita Sabah (Sawo).
sumber
No comments: