» » Mampukah Najib Razak harungi persoalan dalam skandal RM2.6 bilion ?


Hanya beberapa minggu selepas laporan Wall Street Journal (WSJ) Julai lalu mendedahkan bahawa RM2.6 bilion disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri membuat rombakan besar ke atas kabinet dan jawatan kanan kerajaan yang mengejutkan negara.

Paling menggemparkan adalah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilucutkan jawatan masing-masing.

Adakah mereka ini mangsa hukuman politik berhubung skandal ‘derma’ RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Najib? Orang ramai seolah-olah berfikiran demikian.

Gani Patail secara tiba-tiba dipindahkan dalam satu pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. Alasan rasmi yang diberikan oleh kerajaan adalah berhubung isu-isu kesihatan Gani yang beliau sendiri tidak pasti.

Terdapat juga spekulasi bahawa sebelum beliau disingkirkan, Gani dikatakan sedang merancang memfailkan dakwaan secara rasmi terhadap Najib berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang berada di akaunnya.

Malah, portal Sarawak Report turut menerbitkan draf kertas pertuduhan yang didakwa terhadap perdana menteri bagi pemindahan RM2.6 bilion itu.

Adakah Gani sedang dalam muasaha mendakwa Najib? Kita tidak mungkin akan tahu. Peguam Negara yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dakwaan itu dan berkata kertas pertuduhan itu adalah palsu tetapi ia gagal melenyapkan khabar angin itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .