» » Ayda Jebat bersedia hilang populariti


3 tahun serius di dalam bidang seni, Ayda Jebat, 23, tidak mahu terlalu berasa selesa tanpa mempersiapkan diri berhadapan segala kemungkinan.

Beliau mengakui sentiasa memberikan kualiti kerjaya terbaik dalam persaingan sihat dengan sekian banyak bintang baru yang hadir.

“Populariti seseorang artis ada era jatuh dan bangun… ada masa di atas, tidak mustahil suatu hari nanti berada di bawah.

“Jadi, kenalah bersiap sedia sebelum nama tenggelam atau hilang populariti. Kena betul-betul stabilkan nama dan kerjaya di samping tidak statik hanya pada satu cabang seni sahaja.

“Kadang-kadang berlakon ini belum tentu boleh bertahan lama. Namun tidak kurang juga bagi penyanyi yang masih mampu maintain contohnya Datuk Siti, walaupun tidak berlakon tetapi namanya terus bertahan sebagai penyanyi No.1 negara.

“Beliau adalah contoh terbaik untuk berjaya di dalam bidang seni. Bagi saya, menyanyi adalah hobi suka-suka tetapi lakonan adalah keutamaan,” ujar Ayda .

Bintang drama Rindu Awak 200% dan Maid ini juga menambah, selain kualiti kerja, perkara penting yang wajar dititik beratkan bagi memastikan nama terus bertahan ialah sikap dan tingkah laku.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .