» » Haiza nafi suami cemburu pada beliau


Haiza berkahwin dengan pemain hoki, Norhanapfe Omar dan memiliki seorang anak lelaki, Nur Iman Syafie, 3.
Kemunculan semula di dalam Gegar Vaganza kembali menyinari kerjaya seni Haiza yang juga penyampai radio Best FM Johor ini.
“Suami saya jenis yang sangat memahami. Dia tak cemburu pun kalau baca artikel ada artis lelaki atau peminat lelaki lain cuba mendekati.
“Dia tahu isteri dia siapa… dan dia sudah faham asam garam dunia hiburan. Peminat datang dan pergi, ada macam-macam perangai.
“Yang penting saya dan suami saling mempercayai dan memahami.  Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang isteri untuk menjaga maruah serta nama baik suami.
“Sudah kembali ke dalam dunia glamor dan setelah nama kembali disebut-sebut sejak masuk GV, saya harus menjaga nama baik suami dan keluarga di samping batasan sebagai seorang isteri.  
“Asalkan saya menjaga gerak-geri dan sentiasa memaklumkan semua aktiviti kerja pada suami, itu paling utama.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .