“YA, memang benar saya akan berkawin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon doa semua agar majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” kata Marsha ringkas .
Bekas finalis Akademi Fantasia 3 itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas tersebar di Internet kad undangan perkahwinan dengan seorang pemuda bernama Mohamed Shaiful Nizam yang merupakan anak kepada pasangan VIP.
Marsha Milan mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 8 Januari tahun depan.
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun meminta agar semua pihak tidak memanjangkan sebarang spekulasi dan menanti pengumuman rasmi yang akan dilakukan kelak.
Pada masa sama beliau meminta doa agar impiannya mendirikan rumah tangga bersama bakal suaminya berjalan dengan lancar dan terlaksana seperti yang diimpikan.
Dengan pengakuan tersebut, sudah pasti ketika ini Marsha sudahpun memeluk agama Islam. Cuma belum diketahui nama Islam nya. Tahniah buat Marsha dan bakal suami.
sumber
No comments: