Satu undang-undang baharu di Belanda membenarkan pelajar sekolah memandu membayar yuran pengajian mereka dengan seks jika mereka berusia 18 tahun ke atas, lapor akhbar Daily Mail.
Menteri Pengangkutan Melanie Schultz van Haegen dan Menteri Keadilan Ard van der Steur bertanggungjawab memberikan lampu hijau terhadap undang-undang kontroversi itu, lapor akhbar United Kingdom (UK).
Namun, langkah itu menerima tentangan keras Gert-Jan Segers daripada parti Christian Union yang mahu ia diharamkan.
Kedua-dua menteri itu bagaimanapun mempertahankan langkah yang disifatkan bukannya memberikan khidmat seks untuk upah.
Sebaliknya ia adalah khidmat mengajar memandu yang dibayar dengan seks.
"Apabila seks diberikan untuk imbuhan kewangan, itu barulah pelacuran," surat mereka kepada Parlimen Belanda dipetik.
sumber
No comments: