Adik beradik kepada Timbalan Pendakwaraya SPRM, Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh- Richard dan Charles sekali lagi bercanggah pendapat dalam isu pengebumian mayat Kevin.
Kali ini dakwaan bahawa terdapat individu dari Jabatan Peguam Negara yang terlibat memaksa keluarga untuk membakar mayat Kevin sebelum permohonan untuk bedah siasat kedua didengar.
Dalam satu artikel disiarkan Ahad lalu, laman web Sarawak Report mendakwa seorang wakil Peguam Negara meminta ahli keluarga- melalui pesanan teks mempercepatkan pembakaran mayat Kevin. Laman web itu juga mendakwa apabila rundingan itu ditolak, berlaku ugutan dan cubaan rasuah.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Richard menafikan dakwaan paksaan oleh pejabat Peguam Negara seperti didakwa Sarawak Report.
"Ia semua penipuan! Ia gila. Tiada sebarang tekanan dari AG," katanya.
Beliau berkata motif dalam menuntut jasad abangnya dari bilik mayat adalah semata-mata untuk mempercepatkan pembakaran mayat.
"Selama 70 hari tubuh abang saya ada di situ… Saya mahu mengebumikannya," kata Richard.
Bagaimanapun, abang kepada mendiang, Charles ketika dihubungi mengaku tahu tentang mesej teks tersebut dan menerima sebahagiannya.
Bahkan beliau juga mendengar perkara itu daripada ahli keluarga yang lain.
"Tetapi saya tidak pasti, jadi saya tidak berkata apa-apa," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau juga meluahkan rasa marah dan menyatakan bahawa paksaan untuk membakar mayat Kevin adalah sabotaj kepada usaha untuk bedah siasat kedua dijalankan.
"Sejauh mana mereka pergi, bagaimana pejabat Peguam Negara bersekongkol ... apa yang mereka cuba sembunyikan?" soalnya.

No comments: