Bajet 2016 berkemungkinan akan disemak semula sekiranya harga minyak dunia kekal di bawah paras AS$48 (RM206) setong untuk jangka panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Wahid dilaporkan Utusan Malaysia hari ini berkata, harga minyak mentah dunia kini berada pada sekitar AS$10 (RM43) berbanding AS$48 setong, yang merupakan harga digunakan untuk merangka Bajet 2016.
"Jika harga minyak dunia itu terus kekal rendah dan menjadi sesuatu yang normal pada tahun depan, mungkin kajian perlu dilakukan semula,” beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Wahid bagaimanapun menjangkakan harga komoditi itu tidak akan kekal rendah terlalu lama kerana syarikat pengeluar minyak sudah tentu akan mengalami kerugian dan seterusnya menghentikan operasi pengeluaran minyak.
Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan prinsip ekonomi, sekiranya pengeluaran minyak dikurangkan, ia akan mengurangkan bekalan minyak, sekali gus menaikkan semula harga komoditi tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu turut menyemak semula Bajet 2015 ekoran kejatuhan harga minyak dunia melebihi 50%.
Putrajaya sebelum itu merangka Bajet 2015 berdasarkan harga minyak lebih AS$100 (RM430) setong, namun menyemak semula bajet itu berdasarkan harga minyak AS$55 (RM237) setong.
Sejak 2 minggu lalu, harga minyak jenis Brent berlegar di bawah paras AS$40 setong.
sumber
No comments: