» » Tarikh akhir laporan audit 1MDB ditunda lagi ke Februari 2016 pula


Laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditunggu-tunggu banyak pihak hanya akan disiapkan pada Februari, ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua dilaporkan berkata hari ini.

Malaysiakini memetik Pua berkata, laporan itu yang sepatutnya dibentangkan di hadapan PAC semalam, tertangguh kerana Jabatan Audit Negara belum menerima beberapa dokumen yang diperlukan.

“Kami diberitahu yang mereka (Jabatan Audit Negara), baru menerima beberapa dokumen, tetapi masih belum menerima dokumen lain yang dijanjikan kepada mereka,” Pua dipetik berkata ketika ditemui di luar bangunan Parlimen selepas sesi pendengaran PAC hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata PAC tidak diberitahu apakah dokumen yang masih diperlukan.

“Kami diberitahu yang laporan itu akan siap disediakan pada Febuari,” katanya menurut laporan portal berita itu.

PAC kembali menyambung sesi pendengaran tentang 1MDB hari ini dengan presiden syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy, tetapi media dihalang daripada memasuki Parlimen, dikhabarkan atas arahan pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin.

Anggota polis yang bertugas di pintu masuk Parlimen memberitahu The Malaysian Insider yang dia menerima arahan itu daripada pihak berkuasa tertinggi untuk tidak membenarkan wartawan memasuki kawasan Parlimen.

Pengamal media terpaksa menunggu di tepi jalan di luar pagar utama dalam cubaan mereka mendapatkan komen dari Arul dan ahli PAC lain mengenai sesi pendengaran hari ini.

Arul memberi keterangan buat kali ke-2 kepada PAC, selepas sesi pendengaran yang berlanjutan selama 5 jam pada 1 Disember lepas.

Hasan, yang menjadi pengerusi PAC tahun ini, memutuskan untuk tidak lagi mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat mereka, tindakan yang dilihat melanggar amalan biasa jawatankuasa Parlimen itu.

PAC sepatutnya menerima laporan audit negara mengenai 1MDB tetapi ia ditangguhkan, kata Hasan sambil menambah yang laporan itu perlu “dikemas kini”.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .