» » Atikah Suhaime sedar jadi popular kerana ‘video panas’


Baru membina nama dalam dunia lakonan, nama pelakon Atikah Suhaime, 24, sudah sedikit tercalar dek kontroversi yang mengatakan kononnya terlibat dalam satu rakaman video aksi panas bersama dua pelakon lelaki.

Menafikan gosip tersebut dan melihatnya dari satu sudut berbeza, Atikah mula sedar dirinya kini mula menjadi perhatian ramai.

Secara tidak langsung apa yang telah berlaku tahun ini menjadi satu pengajaran besar buat Atikah dan membuka matanya untuk melihat perjalanan kerjaya dengan lebih serius.

“Sebelum ini tidak pernah pun orang lain ambil peduli tentang saya. Apabila ada cerita mengenai saya keluar ia menunjukkan ada satu perkembangan yang baik.

“Bukanlah berbangga dengan kontroversi yang melanda sebelum ini, sebaliknya saya melihat ini adalah masa terbaik untuk lebih serius dalam dunia lakonan.

“Dalam masa yang sama saya juga perlu lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan kerana setiap gerak-geri akan menjadi perhatian.

“Pada awalnya memang saya rasa amat sedih kerana gosip tersebut, namun saya ada orang sekeliling yang sentiasa memberi sokongan seperti pihak pengurusan MIG, keluarga dan juga rakan artis senior antaranya, Nora Danish dan Farid Kamil.

“Mempelajari cara hidup sebagai seorang selebriti, membuatkan saya mula sedar untuk menjaga setiap tindakan kerana apa sahaja yang dilakukan bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga akan dikaitkan sama.

“Bukan masanya untuk saya ‘bermain-main’ lagi. Perlu lebih serius dalam kerjaya dan meningkatkan mutu lakonan kerana jika lakonan tidak baik juga akan diperkatakan orang nanti,” ujar Atikah .



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .