» » Neelofa nafi dakwaan telah berkahwin dengan VIP secara senyap-senyap


Beberapa hari kebelakangan ini kecoh kononnya pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa, 26, sudah berkahwin dan menjadi isteri ketiga kepada seorang VIP berstatus menteri. Bagaimanapun pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini menafikan gosip tersebut dalam satu kenyataan di laman Instagram miliknya.

Neelofa memuat naik satu gambar bertulis ‘keep calm, yes i am single’ (tenang, ya saya masih solo). Dalam kapsyen gambar tersebut, Neelofa juga memberitahu beliau pasti akan berkongsi kepada semua tentang hal pernikahannya nanti.

“Saya berusia 26 tahun, belum berpunya dan tidak terkejar-kejar untuk berkahwin. Perkahwinan adalah perkara besar bagi saya dan apabila hendak berkahwin nanti pasti saya akan kongsi kepada semua.

“Tiada sebab untuk saya rahsiakan episod magis dalam hidup saya kerana ia adalah sesuatu yang saya mahu raikan dengan semua orang yang telah menyokong dan sayang saya sepenuh hati.

“Ini akan menjadi satu keputusan terbesar dalam hidup saya dan dengan nama Tuhan, apa sahaja gosip tentang saya menjadi isteri ketiga seorang bekas menteri adalah tidak benar.

“Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik untuk saya agar dibimbing untuk membuat keputusan yang lebih baik,” tulis Neelofa yang kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang penjenamaan dan pemasaran.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .