Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim adalah yang terbaru disiasat berkaitan hasutan berhubung ucapannya menggesa rakyat berdiri di belakang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau membuat ucapan itu di Kelab Diraja Selangor pada bulan September.
Zaid bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan berdiam diri.
Dr Mahathir adalah dalam misi untuk menolak Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak, yang sedang menghadapi siasatan berkaitan dakwaan rasuah.
No comments: