» » Cukai petroleum Malaysia dijangka turun RM31 bilion


Kutipan cukai petroleum negara dijangka menurun kepada RM31 bilion tahun depan berbanding unjuran RM43 bilion kutipan tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata sebanyak RM63 bilion diraih pada tahun lepas.

Katanya penurunan tersebut antara lain disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang dijangka berterusan sehingga tahun depan.

"Kejatuhan harga minyak mentah dunia secara tidak langsung memberi kesan kepada industri petroleum negara kerana ia penyumbang terbesar kepada hasil kutipan cukai negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Teknikal Tahunan ke-36 Pertubuhan Pentadbiran Cukai Negara Komanwel (CATA).

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar dan Presiden CATA George Blankson.

Johari berkata persidangan yang berlangsung selama 5 hari menjadi medium pertukaran maklumat tentang dasar kutipan cukai dan konsep cukai dalam kalangan pemungut cukai negara Komanwel.

Katanya ketelusan dalam melaksanakan kutipan cukai amat penting untuk memastikan cukai dapat dikutip tanpa penyelewengan.

"Sebenarnya banyak isu atau faktor yang menyebabkan kutipan cukai tidak dapat dikutip secara efektif dan persidangan ini akan membantu negara yang terlibat dengan pandangan untuk mengatasinya," katanya.

Persidangan yang disertai 117 delegasi daripada 26 negara ahli CATA termasuk pemerhati memberi fokus utama kepada topik “Tadbir Urus dan Integriti dalam Pentadbiran Cukai”.

Topik itu dipilih kerana isu tadbir urus yang baik dan berintegriti menjadi faktor utama untuk membina kepercayaan antara pembayar dan pentadbir cukai.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .